Balai Cerap Arecibo

Balai Cerap Arecibo ialah sebuah teleskop radio di kawasan perbandaran Arecibo, Puerto Rico. Balai cerap ini dikendalikan oleh SRI International, USRA dan UMET, di bawah persetujuan kerjasama dengan National Science Foundation (NSF).[1][2] Balai cerap ini juga dipanggil National Astronomy and Ionosphere Center, walaupun "NAIC" merujuk kepada kedua-dua balai cerap dan kakitangan yang menjalankannya.[3] Sejak pembinaannya pada 1960-an hingga 2011, balai cerap ini diuruskan oleh Universiti Cornell. Ia dibuka secara rasmi pada 1 November 1963.Teleskop radio 1,000 ka (305 m) balai cerap ini ialah teleskop bukaan tunggal terbesar di dunia. Ia digunakan dalam tiga bidang penyelidikan utama: astronomi radio, aeronomi dan astronomi radar. Ahli sains yang mahu menggunakannya perlu menghantar kertas cadangan yang dinilai oleh sebuah lembaga saintifik bebas.